? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "Save Template" CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, April 8, 2009

TOKOH BAHASA

Dr. Hj. Mohd Sharifudin bin Yusop

Pengenalan

Merupakan salah seorang tenaga pengajar di Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Jika dilihat daripada mata kasar, beliau merupakan seorang yang sangat tegas. Tetapi apabila kita mendalami diri beliau dan cuba untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi, kita akan rasai beliau bukanlah seperti yang kita sangkakan. Beliau merupakan seorang yang sangat komited dan tegas dalam melakukan sesuatu perkara. Tidak hairan la beliau memegang beberapa jawatan penting di tempat kerja dan juga di kawasan kediaman beliau.
Latar Belakang
Dilahirkan di Tanjung Malim, Perak pada Tahun 1960. Mendapat pendidikan awal di Methodist English School. Kemudian Menyambung pengajian di Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Buyong Adil. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Mula menjadi guru pada tahun 1982. Minat yang mendalam dan kecintaan terhadap bahasa Melayu, beliau sanggup mengambil semula Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat ijazah. Usaha beliau mendatangkan hasil yang baik di mana beliau mendapat keputusan yang membanggakan serta beliau layak diterima di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama (PBMP).
Kepakaran
Beliau pakar dalam bidang Sosiolinguistik. Sehinggakan beliau menjadi salah seorang tenaga pengajar Sosiolinguistik. Beliau juga pakar dalam bidang Sosiobudaya, Bahasa-bahasa Orang Asli, Ketrampilan Berbahasa. Saya kira, beliau memang layak menjadi pensyarah bagi subjek Ketrampilan Berbahasa kerana beliau sangat petah berbicara apabila berhadapan dengan khalayak ramai. Beliau juga banyak menjadi emcee dalam majlis rasmi ataupun tidak rasmi sama ada di fakulti ataupun dalam UPM sendiri. Kepetahan beliau dalam mengutarakan pandangan atau sebaliknya, menjadikan beliau sangat dikagumi ramai.
Penglibatan Luar
Bakat kepimpinan yang terserlah dalam diri beliau, memjadikan beliau sebagai seorang yang sangat berpengaruh. Ini terbukti apabila beliau banyak memegang jawatan penting dalam beberapa organisasi. Antara jawatan tersebut ialah Pengerusi Persatuan Penduduk di kawasan kediaman beliau, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berhampiran dengan kediaman beliau, Naib Pengerusi Surau kawasan kediaman beliau, Pengerusi Kelab Sosial dan Sukan, Pengerusi Biro Penyelidikan bagi Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia (Iman) dan merupakan Pengerusi bagi Koperasi Iman yang beliau telah tubuhkan.

Secangkir Kenangan...

Gaya seorang Yang Berhormat (YB)


Berkarisma orangnya...
Beliau menggayakan topi yang diletakkan di atas kepala pengantin lelaki Kaum Mandailing.

Aku dan Beliau...

Ketika & Kalimat Epi. 1

Hmm..semester ni merupakan semester terakhir aku di UPM yang indah permai ni..Dan semester ni akan berakhir tak lama lagi. Banyak pengalaman sepanjang kehidupan ku di bumi UPM ni yang akan aku kenang buat selama-lamanya. Untuk semester terakhir ini, kami budak-budak Linguistik Melayu diwajibkan untuk mengambil subjek Bahasa dalam Multimedia. Tak pernah aku sangka subjek ini memberikan aku impak yang sangat mendalam. Mula-mula nak masuk class ni, rasa takutla jugak..sebab menurut kata kawan-kawanku Dr.Normaliza ni garang. Tapi apabila semester ni pun dah nak berakhir baru aku tahu bahawa sebenarnya, dr. bukanlah seperti yang kami semua sangkakan.

Aku benar-benar tidak sangka akan melalui sesuatu kenangan yang takkan ku lupakan sepanjang aku mengikuti subjek ini. Aku tidak menyalahkan dr. tapi ada baiknya dr. tegas macam ni. Pada aku, di saat-saat berakhirnya semester ini aku baru dapat menilai yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan. Di mana nama aku difitnah oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi tak mengapa, aku akan jadikan pengalaman tersebut adalah pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup aku. Subjek ni juga mengajar aku erti kehidupan di luar. Cabaran yang macam mana akan aku hadapi apabila keluar ke alam pekerjaan nanti.

Seingat aku, setiap apa yang berlaku untuk subjek ini, membuatkan aku tidak mampu untuk melupainya. Ada yang pahit dan ada yang manis. Hmm..minggu pertama masuk kelas ni, dah kena dah dengan dr. Hehe. Kelas ni setiap hari rabu jam 12 tengahari hingga 2 petang. Bayangkan aku sampai kelas pukul11.45 pagi, kerusi depan semua dah penuh. Yang tinggal hanya kerusi belakang. Aku pun tanpa membuang masa, dudukla di kerusi yang paling belakang. Masuk ja dr., semuanya senyap. Tiba-tiba dr. kata.. “sapa yang duduk belakang tu? Saya tak suka orang yang duduk di belakang ni. Sebab dia tak ada inisiatif untuk duduk di hadapan”. Lebih kurang macam tu la gaya bunyinya ayat-ayat dr. Hmm..tanpa membuang masa lagi, terus dr. minta nombor matrik aku. Waktu tu yang ada kt belakang dan nombor matrik yang diambil ialah aku, kawan aku, dan dua orang lagi budak Bacelor Komunikasi. Bayangkanla saat tu..takut pun ada hehehe. Tapi nak buat macam mana, waktu aku sampai kat kelas tu ja semua tempat duduk depan dah penuh. Takpa, aku akan cuba untuk dapatkan tempat duduk depan pada minggu depan. Azam tu. Aku kira ni la kot azam aku yang perlu aku kotakan dan wajib untuk aku kotakan hehehe...Dr. juga ada memesan yang dia tak nak muka-muka yang sama setiap minggu duduk di belakang.

Tuesday, April 7, 2009

Ketika & Kalimat Epi. 2

...Minggu berikutnya, kami ada perbentangan tentang gambar-gambar yang kami shot sekitar fakulti. Tiba waktu dan masa yang telah dijanjikan, aku bersama seorang daripada groupmate aku tengah setting slide tersebut kat class yang berhadapan dengan class untuk subjek ni. Mananya tak setting lain, habis semuanya setting ‘lari’. Sebab, masa aku buat slide tersebut aku menggunakan software microsorf office 2003. Sedangkan, microsoft office kat fakulti semuanya 2007. Kelam kabut aku dibuatnya. Bukan senang nak edit balik semua benda-benda tu. Bepoloh jugak eden nak meng edit nya haa...Tengah sibuk-sibuk dok edit tu, kawan aku dah jerit.. “cepat!..cepat!...dr. dah datang...!!!!”. Aku dengan penuh bersemangat dan tenaga berlari sekuat hati menuju ke pintu class... cuba bayangkan di usia aku yang kini sudah melebihi 24 tahun, berlarian macam anak kecil yang takut akan mak nya..hehehe..bila aku pikir balik, rasa kelakar..hmm pengalaman tu..mana ada orang berlari macam aku untuk masuk ke kelas hehehe... Memang dasyat arr.. mesti abang yang jaga CCTV kat fakulti akan tergelak besar bila dia nampak insiden ni melalui CCTV hehehe... Untuk kelas ni, kami semua perlu menyiapkan beberapa projek. Banyak...tapi aku rasa, semuanya berguna di masa-masa yang akan datang.

Hmm..projek kami yang seterusnya ialah buat kalendar. Part ni pun menarik jugak. Banyak jugak yang aku lalui.. Ya la ni baru pertama kali aku didedahkan dengan cara-cara untuk kita menghasilkan kalendar meja. Menarik kan??? Banyak minggu jugak proses yang kami lalui untuk menghasilkan kalendar meja ni.. Mulanya tu agak kelam kabut sikit sebab semua benda kami kena explore sendiri. Kadang-kadang tak paham jadinya..dahla tersangat-sangat la jarang kali membelek software adobe photoshop tu, bila diarahkan untuk explore sendiri tu yang menyebabkan kita mudah lupa apa yang kita dapat...bila nak buat lagi sekali apa yang kita dah dapat tu, agak memakan masa jugak untuk dapatkan balik apa yang kita dah dapat tu..hmm..tapi ok la sebabnya semua ni menjadikan kita semakin berani untuk menggodam komputer kita heheh..jangan sampai rosak sudah..tapi bak kata Dr. Arbai’e Sujud, ketua jabatan kami.. “ ....gunala komputer itu sebaik yang mungkin. Rosak kerana guna, tidak mengapa....” hmm betul jugak kan apa yang Dr. Arbai’e kata tu..Sepanjang buat kalendar ni, hmm jangan cakap la bab mata..memang bebinau la sebab asyik ngadap laptop ja.. Bila tutor cek, kena edit lagi pulak..sebabnya gambar tu crop tak cantik..alahaiiii..memang rasa macam nak terjun bangunan waktu tu hehe.. Maklumla waktu tu tengah stress dengan projek ilmiah yang tah apa-apa tah tu.. Hmm memang perit. Tapi aku ambik ni sebagai sesuatu yang positif. Sebabnya, pengalaman ni la yang akan kita aplikasi waktu kita dah kerja nanti. Macam mana kalau kerja kita, dikritik dan suruh edit nya kerja kita tu.. Haaa dari sini laa kita kena belajar untuk mengawal emosi kita.. Tak gitu kawan-kawan?

Ketika & Kalimat Epi. 3

...Sepanjang proses buat kalender ni ada lagi pengalaman yang menarik untuk dikongsi bersama.. Pada malam kejadian, Cik Nurul iaitu tutor kumpulan kami,dia tak dapat datang sebab pergi ke Perak untuk menjalankan penyelidikan. Makanya, Cik Alia (anak kepada Dr. Normaliza, tutor kumpulan lain) la yang ganti. Cik Alia, biasala..semua orang tahu..dia jugak mempunyai perwatakan yang tegas macam dr. Ok sambung balik...nak jadi cerita malam tu, aku dan beberapa orang kawan aku..kira lebih sepuluh orang kalau tak salah aku..masuk lab pukul8.03 minit..mak datuk..Tuhan saja yang tahu perasaan kami waktu tu. Kecut yang amat. Mananya tak kecut, bukak ja pintu terus nampak muka Cik Alia..apa katanya? “Ha..bediri kat depan. Bagi saya 15 sebab kenapa lambat..seorang pun tak boleh sama!!!” tegas bunyinya. Kami pun apa lagi..mulala mencipta alasan masing-masing. Tapi bila difikirkan kembali, kami semua hanya ada satu alasan ja waktu tu..iaitu bas lambat. Kami semua dah naik bas pukul7.40 malam. Malangnya pada malam kejadian tu, kami dapat driver bas yang tak mesra alam la pulak. Hancurrrr.....Kami semua ambik keputusan desak dia untuk jalan lebih awal..desak punya desak, dia pun jalan laa..tapi waktu tu tinggal lagi 7 minit saja ke pukul8 malam...memang gabra..Dalam pada tu, bleh pulak si abang driver tu bawak bas macam bersiar-siar di taman bunga sambil ditemani ‘awek’ nya..memang tragis...Nak pegi jalan kaki, gelap lagipun, malam tu hujan. Nak tak nak kena la tunggu bas tu bergerak...Nak tahu apa yang kami kena?

Ok kita sambung kembali.. bila Cik Alia dah siap semak kalendar kawan-kawan yang datang tepat pada masanya tu, kami pun disoal siasat hehe.. “hmm..kenapa lambat?tahu tak sekarang dah pukul brapa?” lebih kurang macam tu la bunyiknya soalan Cik Alia.. Kami semua pun sedaya upaya menjawab. Tapi di peringkat awal, Cik Alia hanya melepaskan dua orang sahaja untuk duduk. Jadi, yang kami-kami yang lambat dan tak dibenarkan duduk ni, mula la berceloteh. Mula la bercakap macam-macam. Hmm akhir sekali, dek kerana barangkali bosan dengan pelbagai jawapan kami Cik Alia pun benarkan la kami duduk. Lepas tu, Cik Alia ada merungut.. “....ni la class pertama yang saya jumpa menjawab...” nahh...rasa panas muka grrr..grrr.. hehe...serba salah pun ada juga. Tapi kami ceritakan apa yang telah berlaku. Itu saja yang mampu kami lakukan supaya Cik Alia tidak marah.

Hmm..habis la cerita kisah bab buat kalendar. Masuk pula cerita bab buat website atau dalam bahasa Melayunya, laman sesawang. Ini lagi la aku tak tahu apa-apa. Aku belajar buat website ni bukan waktu dalam lab. Tapi aku belajar daripada kawan-kawan aku daripada group Cik Alia. Mana tak nya, masa dalam lab tu tak tahu la apa yang Cik Nurul (Tutor) ajarkan. Tak paham. Bila tanya, dia akan kata “..awak kena explore sendiri tau..saya pun explore sendiri...” hmm lebih kurangla jawapannya macam tu. Tak pa la.. mungkin dia pun kurang arif dengan cara-cara nak buat website.. Dasyat jugak la waktu tu. Sebab terpaksa berkejar ke mari untuk membuat dan menyiapkan website tersebut. Malangnya, masuk minggu seterusnya, Cik Nurul dah nak ambik markah. Sedangkan aku dan juga ramai lagi kawan-kawan yang masih terpinga-pinga dengan website ni. Takpa la redho ja la bila Cik Nurul ambik markah. Nak buat macam mana, kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyiapkannya. Kata Cik Nurul markah kami semuanya rendah-rendah belaka. Dia menyuruh kami buat elok-elok untuk blog yang akan kami tempuh pada minggu hadapannya. Menarik jugak buat website ni. Pengalaman tu.. budak bahasa buat website sendiri hehehe Hmm semua ni kan kita boleh aplikasi balik waktu kita dah bekerja nanti. Betul tak?

Ketika & Kalimat Epi. 4

...Bila time buat blog tiba, macam tu juga yang berlaku. Aku semakin blur. Tak tau nak buat apa. Dengan akaun blog aku yang tah apa-apa jadi tah. Empat ke lima kali aku try buat lain, tak berjaya jugak. Sedih pun ada jugak bila tengok kawan-kawan yang lain semuanya blog diorang cantik-cantik ja. Tapi ada juga yang masih blur macam aku hehehe. Takpa..aku mesti usaha jugak bagi siap kan blog aku ni.. Macam biasa, atas tunjuk ajar kawan-kawan aku..siapla jugak blog aku tu walaupun sedikit comot dan tak berapa kemas. Untuk sementara waktu ni akan aku tunjuk yang aku buat tu dulu pada dr. Lepas aku tunjuk ni, akan aku kemas kini semula blog aku tu supaya nampak lebih kemas dan teratur. Hmm camtu la pengalaman aku buat kalendar, website, dan juga blog.

Hmm jangan tak tahu..ada lagi projek yang telah kami lakukan sepanjang mengikuti kursus Bahasa dalam Multimedia ni. Kalau nak fikir negatif, memang nak marah jugak. Sebab terlampau banyak kerja. Tapi bila fikir secara lojik..tersangat-sangat la bagus apa yang dr. suruh kami semua lakukan ni. Bukan apa..apa yang dah kami buat ni, boleh digunakan masa kita nak mintak kerja nanti. Sangat-sangat berguna untuk dijadikan kemahiran tambahan. Selalunya orang akan kata budak-budak bahasa tak pandai guna komputer. Tapi silap besar la diorang, lepas mengikuti kelas ni hmm kami dah pandai buat kalendar, website dan blog. Andai kami diterima di mana-mana agensi, bolehla kami aplikasikan kembali apa yang kami belajar ini. Contohnya menghasilkan kalendar untuk agensi yang kami anggotai tersebut. Hmm kami jugak boleh tolong bahagian korporat untuk menghasilkan website bagi mempromosikan agensi tersebut. Nahh..kan kami dah boleh dicampakkan ke mana-mana sahaja untuk melakukan pelbagai tugas. Bukanlah kami budak-budak bahasa ni, hanya boleh menceburi bidang penulisan saja. Tak gitu kawan-kawan?

Ok kita sambung cerita tadi tentang projek seterusnya. Projek seterusnya, kami diminta untuk pergi ke mana-mana rumah anak yatim atau kebajikan untuk melakukan kerja amal atau apa-apa program amal. Ni pun banyak jugak pengalaman yang aku dapat. Baik pengalaman pahit dan jugak pengalaman yang manis. Untuk projek ini, kumpulan aku telah bergabung dengan kumpulan D-lima. Kami telah memilih Rumah Perlindungan Pernim di Kampung Cheras Baru untuk mengadakan kerja amal ini. Masa mula-mula kami pergi survey ke rumah tersebut, kami telah dimarahi oleh tuan empunya rumah tersebut iaiti Puan Norlina Alawi. Perghhh..waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan kami semua. Kena marah bukan sebab apa pun. Sebabnya anak-anak Pn. Norlina tu sendiri membuat sampah serta menyepahkan barang-barang dalam rumah tersebut. Tapi kami pula yang dimarahi nya. Hehehe kelakarkan bunyi nya? Tapi prinsip Pn. Norlina, siapa sahaja yang masuk ke rumahnya merupakan anak-anak beliau. Beliau begitu penyayang sehinggakan menganggap semua yang datang ke rumahnya adalah keluarganya. Jadi, nak tak nak terpaksa la telan itu semua. Bila difikirkan kembali ada jugak betulnya kata-kata beliau. Salah satu daripada kata-kata beliau, “...kita orang perempuan takkan nak bagi persekitaran kita semak dan penuh sampah sarap? mama memang tak suka semak-semak. Bila tinggal ramai-ramai macam ni kita kena jaga bagi bersih-bersih supaya semuanya nampak ok...” lebih kurang begitulah kata-kata beliau yang membahasakan diri beliau sebagai mama. Memang penyayang kan? Tapi tu laa agak tegas orangnya. Hmm itu baru p survey. Bukan nak buat kerja waktu tu..ok sekarang kita ikuti pula detik-detik pada hari kejadian.

Ketika & Kalimat Epi. 5

....Kami memilih 14 Mac 2009 untuk pergi ke rumah Pernim tersebut bagi menjalankan kerja-kerja amal seperti yang dijanjikan dengan mama. Antara kerja yang akan kami lakukan ialah membantu anak-anak mama dalam melakukan kerja sekolah, melatih anak-anak mama membaca dengan baik, mengajar anak-anak mama mengeja, membersihkan rumah mama dan sebagainya. Seawal pagi kami semua bangun. Kecuali aku, aku terlambat bangun sehinggakan subuh aku pun terkantoi hehehe. Aku sembahyang subuh pukul7.30. Nak buat macam mana, aku bukan sengaja untuk bangun lambat. Aku dah cuba kunci jam aku pukul6.30. Tapi tersedarnya pukul7.15 heheh Ini semua panahan tidur lambat sebab siapkan barang-barang untuk dibawa ke sana. Memang penat tapi best bila mengenangkan bakal bertemu dan bermain dengan anak-anak mama. Kami semua dijadualkan sampai ke rumah mama pada pukul8. Kami ke sana menggunakan dua buah kereta dan sebuah motosikal. Malangnya, dalam perjalanan ke sana kami tersalah masuk jalan. Maka, sesat la kami heheh. Sebiji kereta lagi tak tersalah masuk simpang. Cuma kereta yang dinaiki aku dan sebuah motosikal tersebut tersalah masuk simpang. Makan masa jugak untuk cari jalan nak kembali ke pangkal jalan hehe. Kami sampai ke rumah mama agak lambat sikit.

Dalam pukul10 pagi, baru kami dapat memulakan kerja kami. Kerja kami yang pertama, kami kena lipat kain yang timbun-timbun banyaknya. Kemudian, kami kena kemaskan almari pakaian anak-anak mama. Kami juga kena bantu pembantu-pembantu mama membasuh pakaian dan sidai pakaian di ampaian. Bayangkan mama mempunyai 60 orang anak, macam mana pembantu-pembantu mama melakukan kerja-kerja membasuh dan sidai pakaian-pakaian tersebut. Tentu letih dan memenatkan kan? Tapi tu semua saham untuk kemudian hari. Lakukan la dengan seikhlas yang mungkin. Hmm..habis part kerja rumah, kami pun mengumpulkan la anak-anak mama mengikut kategori pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Setiap kategori tersebut kami asingkan dan kami bahagikan ahli-ahli dalam kumpulan yang pergi untuk meng ‘handle’ anak-anak mama. Hmm memang letih untuk kami mengawal diorang. Macam aku, aku dapat kategori sekolah menengah. Diorang semua dah besar-besar. Jadi, dengarla sikit apa yang kami cakap. Dan faham la apa yang kami maksudkan. Pelbagai soalan yang mereka ajukan. Ada diantaranya tingin sangat nak tahu tentang UPM. Aku pun apa lagi, bersama teman-teman yang lain menceritakan la serba sikit tentang UPM. Kami cerita yang indah-indah belaka. Lagipun sepanjang aku di sini, banyak yang indah berbanding yang tak indah. Setelah selesai semuanya, kami pun bertolak balik. Happy rasa sebab semua dah selesai. Mama Lina melayani kami dengan baik sekali. Itu yang kami terharu tu. Kalau la Mama Lina tak bagi kerjasama pada kami, memang haru dan kelam kabut la jugak hidup kami hehehe.

Ketika & Kalimat Epi. 6

....Hmm selesai bab tu, bab lain pulak yang menyusul. Balik dari Pernim tu, kami kena buat perbentangan tentang ke sana. Hmm di sini la bermula nya episod ‘kawan makan kawan’. Minggu yang kami kena buat slide untuk bentang tu, aku terpaksa pulang ke kampung atas urusan keluarga. Sebelum aku balik, aku dah siapkan 6 ke 7 slide tu. Yang lain-lain aku terpaksa serahkan pada kawan-kawan aku yang lain. Bila aku balik ke sini semula dan aku tak ingat hari apa..aku di khabarkan slide tersebut ada masalah. Dah siap tapi nak bukak tak boleh sebab komputer jadi hang. Mungkin berat agaknya. Itulah yang kami semua fikirkan. Atas sebab itu, aku pun willing la untuk teruskan pembikinan slide tersebut. Aku pun siapkan la tah sampai berapa pagi. Macam-macam tak ok. Maksud aku bukan slide tu tak ok. Tapi lagu yang dimuatkan dalam slide tersebut lari setting macam mana tah. Poning den. Esoknya tibalah hari untuk kami bentangkan apa yang dah kami lakukan. Nak jadi cerita, aku bersama seorang lagi ahli kumpulan aku pergi mencari tokoh bahasa untuk kami wawancara bagi memuatkan dalam blog yang akan kami bina dalam minggu tersebut. Cari punya cari, dapatlah tokoh yang dimaksudkan tersebut. Kebanyakan tokoh lain semuanya dah tak nak untuk di interview. Kata mereka, dah banyak kumpulan datang. Jadi, dia tak nak lagi. Pening la jugak...Bila dah dapat tokoh ni, kami bersyukur sangat. Kami pun pergi la berjumpa dengan beliau untuk membuat temu janji bagi sesi wawancara ini. Beliau kata beliau bercakap lama. Jadi kami pun bagitau la pada beliau yang kami ada class pukul12 (class dr.) ohh ya..kami pergi berempat. Tiba-tiba nak jadi cerita, beliau yang kami ingin wawancara tadi terus bercerita tanpa henti sehinggalah pada pukul12 tengahari. Dia sedar kami ada class. Tapi ya laa kalau kita di tempat dia pun, takkan la kita nak berhenti bicara sedangkan lepas ni kita tak tahu bila pulak akan kita free. Hmm..handphone aku waktu tu tak payah cakap la..dah berapa call masuk..mesej lagi.. memang kelam kabut jugak waktu tu. Tapi kami cuba berlagak cool. Kalau tokoh kami tu sedar riak kami, maunya dia kecik hati. Sedangkan waktu tu beliau tengah bersemangat menunjukkan hasil karya nya pada kami. Tapi, antara kami berempat..2 orang meminta diri untuk kembali ke class sebab diorang telah didesak oleh groupmate masing-masing. Kalau nak diikutkan, kami juga telah didesak hebat sehingga kan sampai aku dimaki. Namun, demi hormat pada tokoh tersebut aku rela berhadapan dengan apa yang akan berlaku. Dan aku serta kawan aku yang sorang lagi, akan bertanggungjawab untuk pergi berjumpa dengan dr. Bagi menerangkan situasi yang berlaku. Tapi, groupmate aku yang dua lagi sangat marah pada aku. Yang peliknya, attack aku ja. Kenapa bukan kawan aku yang sorang lagi? Sedangkan kami berdua yang takda waktu nak present tu. Alangkah sedih dan terkilannya aku waktu tu. Diorang cakap aku buat kerja last minit untuk slide ke Pernim tu. Yang peliknya, kan aku tak ada di UPM banyak hari, kenapa diorang tak siapkan? Alih-alih semua nak salahkan aku. Aku tolong siapkan sampai berapa pagi, diorang langsung tak hargai. Betapa terkilannya aku saat tu. Waktu ni jugak aku telah difitnah. Tapi tak mengapa. Aku hanya berdoa pada Tuhan agar mereka kembali ke pangkal jalan. Bukan semua groupmate aku macam tu. Hanya dua orang sahaja. Ramai yang tanya aku tentang kejadian ni, tapi aku hanya menjawab “....apa yang berlaku dah pun berlaku..” itu ja yang mampu aku katakan. Tapi diorang canang cerita aku merata. Aku hanya mampu menangis setiap kali berdoa ketika mengadap Ilahi. Walau macam manapun, aku akan pergi berhadapan dengan mereka kerana aku fikir aku tak bersalah. Aku bukannya pergi untuk interview terus tokoh tersebut tapi hanya pergi untuk membuat temu janji. Akan ku kenang semua ni sampai la ke akhir hayat aku. Sebab aku tak pernah bergaduh macam budak-budak macam ni.

Ketika & Kalimat Epi. 7

...Masih aku ingat lagi kata-kata yang dilontarkan oleh tokoh tersebut setelah akhir bicara kami “...akhirnya hanya tinggal kamu berdua saja la yang masih mendengar celoteh saya..’” lebih kurang begitulah bunyinya. Hmm..aku tak mampu nak buat kesimpulan dengan kata-kata tersebut kerana aku sedih bila dengar tokoh tersebut ungkapkan kata-kata yang begitu. Dan di usia yang dah menjangkau 24 tahun lebih ni, aku tak pernah langsung terfikir akan bergaduh seperti budak-budak macam ni. Kini, aku dan group aku menantikan giliran untuk dipanggil dr. untuk membuat perbentangan tentang kerja amal tersebut. Padahal waktu aku pergi jumpak dr., dr. rilek ja..takda la marah-marah. Dr. pun faham. Kami semua sangka dr. garang dan tak boleh berkompromi. Sedangkan melalui pemerhatian aku, dr. bukanlah garang seperti yang kita fikirkan. Dr. Juga ada sifat belas nya. Lepas kejadian tersebut, aku memang tak bertegor sapa dengan dua lagi groupmate aku tu. Aku tersangat sedih. Sebab aku tak pernah langsung terpikir akan berlaku kejadian sebegini. Silaturrahim yang telah terbina selama tiga tahun ni, terputus begitu saja. Aku cuba untuk bertemu semula dengan semua groupmate aku, tapi aku menantikan saat-saat yang sesuai untuk bertemu kembali. Saat-saat yang aku nantikan tersebut, tiba. Kami mula berbincang kembali kepincangan yang telah berlaku dalam group kami. Di awal perbincangan tersebut, kami bertelingkah atau bertikam lidah jugak. Masing-masing nak mempertahankan hak dan pendirian masing-masing. Aku cuba mengawal keadaan. Dalam 10 minit kemudian, kami mencapai kata sepakat untuk saling bermaaf-maafan. Alhamdulillah..syukur pada Allah..menitis air mata aku. Kami bermain dengan emosi seketika. Apabila semuanya dah selesai, aku berasa teramat-amat lapang dan lega kerana ukhwah yang telah goyah dalam minggu tersebut, dapat diselamatkan. Syukurrrrrrrrr...

Tapi yang sebenarnya, aku masih lagi sedih. Sebab, masih ramai lagi yang bergadoh semasa proses menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan oleh dr. Dan aku juga sangat-sangat sedih sebab aku telah saksikan terputusnya persahabatan yang akrab yang telah dibina sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UPM ni. Aku akan cuba untuk menyatukan kembali perhubungan tersebut. Dan kini, aku sedang mecari kekuatan untuk aku berhadapan dengan kedua-dua belah pihak tersebut. Aku sentiasa berdoa agar kedua-dua belah pihak tersebut dilembutkan hatinya agar segala urusan dipermudahkan. Kalau boleh aku nak mereka berbaik semula sebelum kami semua keluar dari UPM ni. Sebab bila kami dah keluar dari sini, entah bila pulak akan kami bertemu kembali. Biarlah segala kekusutan, kami selesaikan di pentas ini agar di ‘sana’ nanti segala amalan kita tidak tergantung dek kerana perselisihan faham yang sebenarnya boleh dibawa berbincang. Banyak kumpulan yang aku saksikan berlakukan kepincangan sebegini. Sebenarnya, kalau kita semua duduk berbincang bagi menyelesaikan apa-apa konflik yang timbul, aku fikir takkan berlaku kepincangan yang sebegini dahsyat. Aku pun tak tahu kenapa semua ini berlaku. Adakah sikap penting diri masing-masing yang telah menyebabkan berlakunya fenomena sebegini? Hanya Allah sahaja yang mengetahui di sebalik kejadian-kejadian ini. Aku, mujur segalanya dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dari tarikh kami bergadoh besar. Alhamdulillah syukurrr...

Ketika & Kalimat Epi. Terakhir

....Hmm aku kira sampai di sini dulu coretan aku untuk ketika ini. Inilah serba sedikit pengalaman yang aku lalui sepanjang mengikuti kelas ini. Sebenarnya banyak lagi pengalaman-pengalaman yang aku lalui sepanjang mengikuti kelas ini. Tapi aku dah tak berapa nak ingat. Pertama sekali, ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan pada Dr. Nizam yang begitu memahami setiap kali aku masuk lewat ke kelasnya. Jutaan terima Kasih juga pada Dr. Normaliza kerana dr. telah banyak memberikan aku pengalaman yang boleh aku kenang dan belajar sampai ke hujung hayat aku. Segala kritikan-kritikan yang telah dr. ungkapkan, akan aku telan dan akan aku ambik itu semua sebagai motivasi pada diri aku untuk aku membina kembali sahsiah peribadi aku sebagai seorang manusia di muka bumi Allah. Dr.,.....halalkan segaa ilmu yang telah dr. curahkan pada kami semua yaaa.. Ucapan terima kasih juga pada tutor aku iaitu Cik Nurul. Walaupun kami semua nakal-nakal dalam kelas tersebut, Cik Nurul masih bersabar dan mungkin barangkali Cik Nurul terhibur dengan kami. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar Cik Nurul pada kami semua. Tak lupa jugak jutaan terima kasih pada kawan-kawan yang memahami aku yang senantiasa support aku. Kawan-kawan yang ajar aku buat website, blog dan sebagainya. Agar kalian semua dipermudahkan setiap urusan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian. Ucapan terima kasih jugak buat kawan-kawan yang tidak memahami aku. Tanpa kalian, sukar untuk aku mengenali dengan lebih dekat lagi ‘siapa aku’. Aku senantiasa mendoakan yang terbaik buat kawan-kawan aku. Dan aku halalkan segala perbuatan kalian semua pada ku. Akhirul kalam, Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Wallahua’lam..