Dr. Hj. Mohd Sharifudin bin Yusop
Pengenalan
Wednesday, April 8, 2009
TOKOH BAHASA
Posted by Ija at 10:21 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 1
Aku benar-benar tidak sangka akan melalui sesuatu kenangan yang takkan ku lupakan sepanjang aku mengikuti subjek ini. Aku tidak menyalahkan dr. tapi ada baiknya dr. tegas macam ni. Pada aku, di saat-saat berakhirnya semester ini aku baru dapat menilai yang mana satu kawan dan yang mana satu lawan. Di mana nama aku difitnah oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Tapi tak mengapa, aku akan jadikan pengalaman tersebut adalah pengalaman yang cukup bermakna dalam hidup aku. Subjek ni juga mengajar aku erti kehidupan di luar. Cabaran yang macam mana akan aku hadapi apabila keluar ke alam pekerjaan nanti.
Seingat aku, setiap apa yang berlaku untuk subjek ini, membuatkan aku tidak mampu untuk melupainya. Ada yang pahit dan ada yang manis. Hmm..minggu pertama masuk kelas ni, dah kena dah dengan dr. Hehe. Kelas ni setiap hari rabu jam 12 tengahari hingga 2 petang. Bayangkan aku sampai kelas pukul11.45 pagi, kerusi depan semua dah penuh. Yang tinggal hanya kerusi belakang. Aku pun tanpa membuang masa, dudukla di kerusi yang paling belakang. Masuk ja dr., semuanya senyap. Tiba-tiba dr. kata.. “sapa yang duduk belakang tu? Saya tak suka orang yang duduk di belakang ni. Sebab dia tak ada inisiatif untuk duduk di hadapan”. Lebih kurang macam tu la gaya bunyinya ayat-ayat dr. Hmm..tanpa membuang masa lagi, terus dr. minta nombor matrik aku. Waktu tu yang ada kt belakang dan nombor matrik yang diambil ialah aku, kawan aku, dan dua orang lagi budak Bacelor Komunikasi. Bayangkanla saat tu..takut pun ada hehehe. Tapi nak buat macam mana, waktu aku sampai kat kelas tu ja semua tempat duduk depan dah penuh. Takpa, aku akan cuba untuk dapatkan tempat duduk depan pada minggu depan. Azam tu. Aku kira ni la kot azam aku yang perlu aku kotakan dan wajib untuk aku kotakan hehehe...Dr. juga ada memesan yang dia tak nak muka-muka yang sama setiap minggu duduk di belakang.
Posted by Ija at 6:12 PM 0 comments
Tuesday, April 7, 2009
Ketika & Kalimat Epi. 2
Hmm..projek kami yang seterusnya ialah buat kalendar. Part ni pun menarik jugak. Banyak jugak yang aku lalui.. Ya la ni baru pertama kali aku didedahkan dengan cara-cara untuk kita menghasilkan kalendar meja. Menarik kan??? Banyak minggu jugak proses yang kami lalui untuk menghasilkan kalendar meja ni.. Mulanya tu agak kelam kabut sikit sebab semua benda kami kena explore sendiri. Kadang-kadang tak paham jadinya..dahla tersangat-sangat la jarang kali membelek software adobe photoshop tu, bila diarahkan untuk explore sendiri tu yang menyebabkan kita mudah lupa apa yang kita dapat...bila nak buat lagi sekali apa yang kita dah dapat tu, agak memakan masa jugak untuk dapatkan balik apa yang kita dah dapat tu..hmm..tapi ok la sebabnya semua ni menjadikan kita semakin berani untuk menggodam komputer kita heheh..jangan sampai rosak sudah..tapi bak kata Dr. Arbai’e Sujud, ketua jabatan kami.. “ ....gunala komputer itu sebaik yang mungkin. Rosak kerana guna, tidak mengapa....” hmm betul jugak kan apa yang Dr. Arbai’e kata tu..Sepanjang buat kalendar ni, hmm jangan cakap la bab mata..memang bebinau la sebab asyik ngadap laptop ja.. Bila tutor cek, kena edit lagi pulak..sebabnya gambar tu crop tak cantik..alahaiiii..memang rasa macam nak terjun bangunan waktu tu hehe.. Maklumla waktu tu tengah stress dengan projek ilmiah yang tah apa-apa tah tu.. Hmm memang perit. Tapi aku ambik ni sebagai sesuatu yang positif. Sebabnya, pengalaman ni la yang akan kita aplikasi waktu kita dah kerja nanti. Macam mana kalau kerja kita, dikritik dan suruh edit nya kerja kita tu.. Haaa dari sini laa kita kena belajar untuk mengawal emosi kita.. Tak gitu kawan-kawan?
Posted by Ija at 5:43 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 3
Ok kita sambung kembali.. bila Cik Alia dah siap semak kalendar kawan-kawan yang datang tepat pada masanya tu, kami pun disoal siasat hehe.. “hmm..kenapa lambat?tahu tak sekarang dah pukul brapa?” lebih kurang macam tu la bunyiknya soalan Cik Alia.. Kami semua pun sedaya upaya menjawab. Tapi di peringkat awal, Cik Alia hanya melepaskan dua orang sahaja untuk duduk. Jadi, yang kami-kami yang lambat dan tak dibenarkan duduk ni, mula la berceloteh. Mula la bercakap macam-macam. Hmm akhir sekali, dek kerana barangkali bosan dengan pelbagai jawapan kami Cik Alia pun benarkan la kami duduk. Lepas tu, Cik Alia ada merungut.. “....ni la class pertama yang saya jumpa menjawab...” nahh...rasa panas muka grrr..grrr.. hehe...serba salah pun ada juga. Tapi kami ceritakan apa yang telah berlaku. Itu saja yang mampu kami lakukan supaya Cik Alia tidak marah.
Hmm..habis la cerita kisah bab buat kalendar. Masuk pula cerita bab buat website atau dalam bahasa Melayunya, laman sesawang. Ini lagi la aku tak tahu apa-apa. Aku belajar buat website ni bukan waktu dalam lab. Tapi aku belajar daripada kawan-kawan aku daripada group Cik Alia. Mana tak nya, masa dalam lab tu tak tahu la apa yang Cik Nurul (Tutor) ajarkan. Tak paham. Bila tanya, dia akan kata “..awak kena explore sendiri tau..saya pun explore sendiri...” hmm lebih kurangla jawapannya macam tu. Tak pa la.. mungkin dia pun kurang arif dengan cara-cara nak buat website.. Dasyat jugak la waktu tu. Sebab terpaksa berkejar ke mari untuk membuat dan menyiapkan website tersebut. Malangnya, masuk minggu seterusnya, Cik Nurul dah nak ambik markah. Sedangkan aku dan juga ramai lagi kawan-kawan yang masih terpinga-pinga dengan website ni. Takpa la redho ja la bila Cik Nurul ambik markah. Nak buat macam mana, kami dah cuba sedaya upaya kami untuk menyiapkannya. Kata Cik Nurul markah kami semuanya rendah-rendah belaka. Dia menyuruh kami buat elok-elok untuk blog yang akan kami tempuh pada minggu hadapannya. Menarik jugak buat website ni. Pengalaman tu.. budak bahasa buat website sendiri hehehe Hmm semua ni kan kita boleh aplikasi balik waktu kita dah bekerja nanti. Betul tak?
Posted by Ija at 5:41 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 4
Hmm jangan tak tahu..ada lagi projek yang telah kami lakukan sepanjang mengikuti kursus Bahasa dalam Multimedia ni. Kalau nak fikir negatif, memang nak marah jugak. Sebab terlampau banyak kerja. Tapi bila fikir secara lojik..tersangat-sangat la bagus apa yang dr. suruh kami semua lakukan ni. Bukan apa..apa yang dah kami buat ni, boleh digunakan masa kita nak mintak kerja nanti. Sangat-sangat berguna untuk dijadikan kemahiran tambahan. Selalunya orang akan kata budak-budak bahasa tak pandai guna komputer. Tapi silap besar la diorang, lepas mengikuti kelas ni hmm kami dah pandai buat kalendar, website dan blog. Andai kami diterima di mana-mana agensi, bolehla kami aplikasikan kembali apa yang kami belajar ini. Contohnya menghasilkan kalendar untuk agensi yang kami anggotai tersebut. Hmm kami jugak boleh tolong bahagian korporat untuk menghasilkan website bagi mempromosikan agensi tersebut. Nahh..kan kami dah boleh dicampakkan ke mana-mana sahaja untuk melakukan pelbagai tugas. Bukanlah kami budak-budak bahasa ni, hanya boleh menceburi bidang penulisan saja. Tak gitu kawan-kawan?
Ok kita sambung cerita tadi tentang projek seterusnya. Projek seterusnya, kami diminta untuk pergi ke mana-mana rumah anak yatim atau kebajikan untuk melakukan kerja amal atau apa-apa program amal. Ni pun banyak jugak pengalaman yang aku dapat. Baik pengalaman pahit dan jugak pengalaman yang manis. Untuk projek ini, kumpulan aku telah bergabung dengan kumpulan D-lima. Kami telah memilih Rumah Perlindungan Pernim di Kampung Cheras Baru untuk mengadakan kerja amal ini. Masa mula-mula kami pergi survey ke rumah tersebut, kami telah dimarahi oleh tuan empunya rumah tersebut iaiti Puan Norlina Alawi. Perghhh..waktu tu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan kami semua. Kena marah bukan sebab apa pun. Sebabnya anak-anak Pn. Norlina tu sendiri membuat sampah serta menyepahkan barang-barang dalam rumah tersebut. Tapi kami pula yang dimarahi nya. Hehehe kelakarkan bunyi nya? Tapi prinsip Pn. Norlina, siapa sahaja yang masuk ke rumahnya merupakan anak-anak beliau. Beliau begitu penyayang sehinggakan menganggap semua yang datang ke rumahnya adalah keluarganya. Jadi, nak tak nak terpaksa la telan itu semua. Bila difikirkan kembali ada jugak betulnya kata-kata beliau. Salah satu daripada kata-kata beliau, “...kita orang perempuan takkan nak bagi persekitaran kita semak dan penuh sampah sarap? mama memang tak suka semak-semak. Bila tinggal ramai-ramai macam ni kita kena jaga bagi bersih-bersih supaya semuanya nampak ok...” lebih kurang begitulah kata-kata beliau yang membahasakan diri beliau sebagai mama. Memang penyayang kan? Tapi tu laa agak tegas orangnya. Hmm itu baru p survey. Bukan nak buat kerja waktu tu..ok sekarang kita ikuti pula detik-detik pada hari kejadian.
Posted by Ija at 5:38 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 5
Dalam pukul10 pagi, baru kami dapat memulakan kerja kami. Kerja kami yang pertama, kami kena lipat kain yang timbun-timbun banyaknya. Kemudian, kami kena kemaskan almari pakaian anak-anak mama. Kami juga kena bantu pembantu-pembantu mama membasuh pakaian dan sidai pakaian di ampaian. Bayangkan mama mempunyai 60 orang anak, macam mana pembantu-pembantu mama melakukan kerja-kerja membasuh dan sidai pakaian-pakaian tersebut. Tentu letih dan memenatkan kan? Tapi tu semua saham untuk kemudian hari. Lakukan la dengan seikhlas yang mungkin. Hmm..habis part kerja rumah, kami pun mengumpulkan la anak-anak mama mengikut kategori pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Setiap kategori tersebut kami asingkan dan kami bahagikan ahli-ahli dalam kumpulan yang pergi untuk meng ‘handle’ anak-anak mama. Hmm memang letih untuk kami mengawal diorang. Macam aku, aku dapat kategori sekolah menengah. Diorang semua dah besar-besar. Jadi, dengarla sikit apa yang kami cakap. Dan faham la apa yang kami maksudkan. Pelbagai soalan yang mereka ajukan. Ada diantaranya tingin sangat nak tahu tentang UPM. Aku pun apa lagi, bersama teman-teman yang lain menceritakan la serba sikit tentang UPM. Kami cerita yang indah-indah belaka. Lagipun sepanjang aku di sini, banyak yang indah berbanding yang tak indah. Setelah selesai semuanya, kami pun bertolak balik. Happy rasa sebab semua dah selesai. Mama Lina melayani kami dengan baik sekali. Itu yang kami terharu tu. Kalau la Mama Lina tak bagi kerjasama pada kami, memang haru dan kelam kabut la jugak hidup kami hehehe.
Posted by Ija at 5:23 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 6
Posted by Ija at 5:21 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. 7
Tapi yang sebenarnya, aku masih lagi sedih. Sebab, masih ramai lagi yang bergadoh semasa proses menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan oleh dr. Dan aku juga sangat-sangat sedih sebab aku telah saksikan terputusnya persahabatan yang akrab yang telah dibina sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UPM ni. Aku akan cuba untuk menyatukan kembali perhubungan tersebut. Dan kini, aku sedang mecari kekuatan untuk aku berhadapan dengan kedua-dua belah pihak tersebut. Aku sentiasa berdoa agar kedua-dua belah pihak tersebut dilembutkan hatinya agar segala urusan dipermudahkan. Kalau boleh aku nak mereka berbaik semula sebelum kami semua keluar dari UPM ni. Sebab bila kami dah keluar dari sini, entah bila pulak akan kami bertemu kembali. Biarlah segala kekusutan, kami selesaikan di pentas ini agar di ‘sana’ nanti segala amalan kita tidak tergantung dek kerana perselisihan faham yang sebenarnya boleh dibawa berbincang. Banyak kumpulan yang aku saksikan berlakukan kepincangan sebegini. Sebenarnya, kalau kita semua duduk berbincang bagi menyelesaikan apa-apa konflik yang timbul, aku fikir takkan berlaku kepincangan yang sebegini dahsyat. Aku pun tak tahu kenapa semua ini berlaku. Adakah sikap penting diri masing-masing yang telah menyebabkan berlakunya fenomena sebegini? Hanya Allah sahaja yang mengetahui di sebalik kejadian-kejadian ini. Aku, mujur segalanya dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu dari tarikh kami bergadoh besar. Alhamdulillah syukurrr...
Posted by Ija at 5:19 PM 0 comments
Ketika & Kalimat Epi. Terakhir
Posted by Ija at 5:13 PM 0 comments
Monday, March 30, 2009
Artikel Pilihan Minggu Ini
Sumber : Utusan Online (31 Mac 2009)
PPSMI diteruskan di sekolah menengah?
KUALA LUMPUR 30 Mac - Keputusan kerajaan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan diumumkan tidak lama lagi, tidak semestinya dengan meneruskan dasar itu bulat-bulat atau menolaknya sama sekali.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, apa yang diutamakan ialah menyesuaikan dasar itu mengikut pencapaian kanak-kanak tempatan.
"Sama ada kita memansuhkan PPSMI atau tidak, saya percaya itu tidak menentukan atau memastikan bahasa kebangsaan dimartabatkan.
"Kementerian mempunyai cadangan yang hendak dibentangkan kepada Jemaah Menteri. Salah satu ialah menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.
Jelas Hishammuddin, cadangan lain ialah memulakan PPSMI di tahun empat sehingga sekolah menengah dan menggunakan bahasa penghantar yang ditentukan oleh sekolah sendiri.
"Satu lagi cadangan ialah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di tahun satu hingga tiga diikuti dwibahasa pada tahun empat hingga enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah.
"Jangan lihat PPSMI saja yang menentukan kelangsungan dan kedudukan bahasa kebangsaan kerana usaha memartabatkan bahasa memerlukan pelbagai pendekatan serta penggemblengan semua pihak," katanya.
Sementara itu dalam jawapan kepada soalan asal Firdaus, Hishammuddin menjelaskan, empat perkara utama yang diambil kira berhubung isu PPSMI ialah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus dimartabatkan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajar diperkasakan.
"Dua lagi perkara yang diambil kira ialah kompetensi guru mengajar Sains dan Matematik serta pencapaian murid dalam kedua-dua mata pelajaran itu terus dipertingkatkan," katanya.
Tambah Hishammuddin, dalam konteks PPSMI yang melibatkan pelaburan besar, tenaga pengajar yang ramai iaitu 165,000 guru dan enam juta murid yang melalui dasar ini, pihaknya memerlukan masa untuk meneliti semua kajian.
"Semua pihak tidak perlu terlalu emosi kerana sememangnya isu ini sesuatu isu yang penting. Akhirnya kalau kita silap membuat keputusan, kita akan ralat 10 atau 20 tahun.
"Kemudian ketika itu anak-anak kita toleh ke belakang dan kata mereka inilah yang membuat keputusan tidak bijak dan tidak tepat," katanya.
Posted by Ija at 8:36 PM 0 comments
Hadis Pilihan
Seseorang menyapa temannya di Baqi: Hai Abul Qasim! Rasulullah saw. berpaling kepada si penyapa. Orang itu segera berkata: Ya Rasulullah saw, aku tidak bermaksud memanggilmu. Yang kupanggil adalah si Fulan. Rasulullah saw. bersabda: Kalian boleh memberi nama dengan namaku, tapi jangan memberikan julukan dengan julukanku.
Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar ra., ia berkata:
Seorang wanita datang kepada Nabi saw. lalu berkata: Ya Rasulullah saw., aku mempunyai anak perempuan yang akan menjadi pengantin. Ia pernah terkena penyakit campak sehingga rambutnya rontok. Bolehkah aku menyambungnya (dengan rambut lain)? Rasulullah saw. bersabda: Allah mengutuk wanita yang menyambungkan rambut seorang wanita dengan rambut lain dan wanita yang disambungkan rambutnya.
Hadis riwayat Abu Said Al-Khudri ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Hindarilah duduk di jalan-jalan! Para sahabat berkata: Ya Rasulullah saw! Kami tidak dapat menghindar untuk duduk berbincang-bincang di sana (di jalan). Rasulullah saw. bersabda: Kalau memang kalian harus duduk juga, maka berikanlah pada jalan itu haknya. Para sahabat bertanya: Apakah haknya? Rasulullah saw. bersabda: Menjaga penglihatan, menyingkirkan hal-hal yang membahayakan, menjawab salam, amar makruf dan nahi munkar.
Dari Aishah katanya : "Rasulullah s.a.w. suka mendahulukanyang sebelah kanan dalam segala halnya; umpamanya memakai sandal , bersisir dan bersuci.
Hadis sahih riwayat Muslim
Posted by Ija at 8:09 PM 0 comments
Renungan bersama...
Ketika satu pintu kebahgiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi kita sering kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita...
Dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia...
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api...
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis...
Posted by Ija at 7:40 PM 0 comments
Sunday, March 29, 2009
AKU
Aku mempunyai tiga orang adik-beradik yang kesemuanya perempuan. Kakak ku yang sulung merupakan seorang guru yang kini bertugas di Sek.Men.Keb. Agama Baling Kedah. kakak ku yang kedua pula kini sedang bertugas sebagai kerani operasi di KL Central.
Aku?...dah berjaya menjejakkan kakiku di menara gading. kini, aku dah di semester yang terakhir.
Posted by Ija at 8:54 PM 0 comments